RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Separuh laluan di Jambatan Sungai Seduan ,Jalan Lapangan Terbang Sibu di sini akan ditutup sementara bermula 25 Oktober hingga 31 Januari 2026.
Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi notis pemberitahuannya berkata, penutupan sementara laluan tersebut bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja pembaikan cerun di laluan tersebut.
Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak meminta pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu di laluan tersebut semasa tempoh kerja-kerja pembaikan.
Pengguna juga diminta mematuhi segala mematuhi arahan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik, sila hubungi (waktu pejabat) JKR Bahagian Sibu 084-314040 (waktu pejabat), DAL HCM Sdn Bhd 084-220400.