RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Sarawak Water Sdn Bhd (SWSB) Wilayah Tengah memaklumkan bahawa akan berlaku gangguan bekalan air berjadual dianggarkan bermula 27 Oktober jam 10 malam hingga 28 Oktober anggaran jam 4 pagi.
Gangguan ini disebabkan kerja-kerja penyambungan paip bagi pengalihan paip besi mulur berukuran 300mm yang dijalankan oleh kontraktor di kawasan Lorong Salim 18.
Menurut kenyataan media hari ini, antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Jalan Kiew Nang, Lorong Salim 18, 19, 21, 28, Pusat Komersial Farley, Pusat Komersial Sing Kwong, Jalan Siol, dan Lorong Lada 13.
"Beberapa kawasan seperti Jalan Sentosa, Belatok, Maludan dan Jalan Kenari pula akan mengalami tekanan air rendah," ujarnya.
Justeru, SWSB menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk keperluan sepanjang tempoh gangguan.
Dalam masa sama, jelasnya, pengguna jalan raya di Lorong Salim 18 dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan kawalan lalu lintas ketika kerja-kerja sedang dijalankan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Hotline SWSB (Wilayah Tengah) di talian 013-810 6311.
SWSB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan menghargai kerjasama semua pihak.