RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Sebahagian lorong di Kilometer (KM) 530 Jalan Sibu–Kuching berhampiran Jambatan Durin di sini akan ditutup sementara bagi pelaksanaan kerja menaik taraf permukaan jalan bermula hari ini hingga 7 Januari 2026.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, penutupan dan lencongan laluan itu bertujuan membolehkan kerja “Proposed Raising of Pavement to Mitigate Flooding at Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Batang Rajang Section KM529.70 to KM530.0, Sibu Division” dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan.
Kerja melibatkan laluan selepas Jambatan Durin menghala ke Kuching dan dijangka mengakibatkan perubahan aliran trafik sepanjang tempoh pembinaan.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan yang dipasang di kawasan kerja serta meningkatkan berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut,” kata kenyataan itu.
JKR turut menegaskan bahawa langkah penutupan dan kawalan trafik itu adalah penting demi keselamatan pengguna dan kelancaran kerja naik taraf jalan.
Bagi sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi JKR Bahagian Sibu di talian 084-314000 pada waktu pejabat.