Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kanowit Bersiap Sedia Menghadapi Bencana Banjir

Disiarkan pada 06 Nov 2025
Sumber Berita: Pejabat Daerah Kanowit
Penganjuran Latihan Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) Pengurusan Bencana Banjir anjuran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kanowit telah melabuhkan tirai pada petang Rabu, 05 November 2025 selepas penganjuran selama 2 hari program latih amal berkenaan yang bertempat di Dewan Pejabat Daerah Kanowit. Latih amal berkenaan telah bermula pada 04 November 2025 sehingga 05 November 2025 dan telah dihadiri seramai 100 orang peserta dari pelbagai agensi di Daerah Kanowit.
 
Latih amal berkenaan turut menerima kunjungan dari YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak serta diiringi oleh Puan Jackline Bt August @ August Jahar, Pegawai Daerah Kanowit juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kanowit.
 
Pada sebelah petang 05 November 2025, telah diadakan majlis rasmi penutupan program TTX dan FTX yang telah dirasmikan oleh YB Encik Anyi Anak Jana, ADUN N.49 Ngemah. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pegawai Daerah Kanowit Puan Jackline Bt August @ August Jahar, Setiausaha Politik Kepada YB Menteri Perpaduan Negara Dr Stephen William, wakil Ketua Polis Daerah Kanowit Inspektor Uthman Affan Abdoll Kader dan  Sekretariat JPBD Mejar Mohd Reduan Aini.
 


image Undian
image Pengumuman