Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Penganjuran Program OSC MIDS Daerah Kanowit 2025

Posted on 24 Nov 2025
Source of News: Pejabat Daerah Kanowit
KANOWIT: One Stop Committee (OSC) Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Daerah Kanowit dengan kerjasama Majlis Pembangunan Sosial, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak telah berjaya melaksanakan Program OSC MIDS Daerah Kanowit 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Lipus, Kanowit pada 21 November 2025. Program berkenaan telah dihadiri seramai 200 peserta dari sekitar kawasan Lipus, Ranan, Mam dan Majau.
 
Program berkenaan turut diisi dengan ceramah dari agensi dari PEMADAM, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu serta IPD Kanowit. Turut dikongsikan semasa program berkenaan adalah taklimat ringkas mengenai pendaftaran dan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) oleh pihak IPD Kanowit.
 
Majlis perasmian penangguhan program berkenaan telah dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri Perpaduan Negara, Dr Stephen William mewakili Menteri Perpaduan Negara. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah wakil Pegawai Daerah Kanowit, Casseylia Benet dan wakil Ketua Polis Daerah Kanowit, Insp Meredolyin Bin Marikus.
 


image Undian
image Pengumuman