Penganjuran Community Emergency Response Team (CERT) 2.0 Sarawak Kluster Kebakaran Nanga Ngungun
Posted on 24 Nov 2025
Source of News: Pejabat Daerah Kanowit
KANOWIT: Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) dengan kerjasama pihak Petronas dan Pejabat Daerah Kanowit telah berjaya melaksanakan program Community Emergency Response Team (CERT) 2.0 Sarawak Kluster Kebakaran di Nanga Ngungun pada 18 hingga 20 November 2025. Program berkenaan telah disertai seramai 100 orang peserta dari SPS Nanga Ngungun yang terdiri dari Ketua Kaum dan ahli JKKK rumah Panjang di sekitar Nanga Ngungun.
Pemilihan Nanga Ngungun sebagai lokasi program adalah sangat bersesuaian kerana sering berdepan dengan risiko kejadian kebakaran. Penubuhan pasukan CERT di Nanga Ngungun juga diharap dapat mencegah kejadian kebakaran pada masa akan datang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata pasukan ini bukan sekadar sukarelawan, sebaliknya barisan responden pertama yang dilengkapi ilmu dan kemahiran untuk mengurangkan impak bencana sebelum ketibaan pasukan penyelamat profesional.
Turut hadir pada majlis perasmian program berkenaan adalah Ketua Penolong Pengarah mewakili Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Paul Khiu Khon Chian, Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Junical Ujal, wakil PETRONAS Sarawak Violet Tay Suan Boon dan wakil Pegawai Daerah Kanowit Clinton Jelai.