Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Klinik Kesihatan UTC Sibu ditutup sementara dari 12 hingga 14 Dis ini

Posted on 10 Dec 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Perkhidmatan di Klinik Kesihatan UTC Sibu akan ditangguhkan sementara selama tiga hari dari 12 hingga 14 Disember ini bagi memberi ruang kepada pelaksanaan kerja pengubahsuaian di premis berkenaan.

Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa penutupan sementara itu melibatkan keseluruhan operasi klinik, dan perkhidmatan hanya akan dibuka semula seperti biasa pada 15 Disember 2025.

“Penangguhan ini diperlukan bagi memastikan kerja-kerja pengubahsuaian dapat dilaksanakan dengan lancar demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai,” jelas kenyataan itu.

Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin dialami oleh orang ramai sepanjang tempoh tersebut.

Penduduk setempat yang memerlukan rawatan disarankan untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan terdekat sepanjang tempoh penutupan sementara itu.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman