Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Keputusan Pertandingan Hiasan Pokok Krismas diumum esok: Wee

Posted on 24 Dec 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Keputusan penilaian enam batang pokok Krismas yang bertemakan 'A Christmas in Borneo' di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 akan diumumkan pada 25 Disember ini.

Pengerusi penganjur Pertandingan Hiasan Pokok Krismas, Kaunselor Simon Wee berkata, sesi penilaian terakhir pokok hiasan itu telah dibuat semalam.

"Pada petang itu nanti, kita akan menganugerahkan hadiah RM3,500 kepada pemenang di pentas utama yang terletak di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1.

"Tahun ini, hanya juara akan menerima hadiah," ujarnya kepada pemberita, semalam.

Wee menjelaskan bahawa penyertaan dinilai berdasarkan faktor daya tarikan, reka bentuk, estetika untuk siang dan malam, kreativiti serta ketahanan dan kemampanan setiap pokok Krismas.

"Penghakiman untuk pemandangan malam telah berlangsung pada 15 Disember lepas dan pemandangan siang pada 23 Disember," jelasnya.

Penyertaan tahun ini termasuk Eco Green Electrical Sdn Bhd, JN_Littleshop, Kolej Laila Taib, Me Homeward Sdn Bhd, Syarikat Seni Bumi Contractor Sdn Bhd dan I-Concept Event Agency.

Untuk rekod, enam pokok Krismas dengan setiap satu setinggi 20 kaki, telah menceriakan Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 di sini menjelang sambutan Krismas tahun ini.
 

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman