Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Hospital Sibu kurang bekalan darah khususnya O positif

Disiarkan pada 05 Jan 2026
Sumber Berita: Utusan Borneo Online

SIBU: Bekalan darah di Hospital Sibu kini berada pada tahap membimbangkan apabila Bank Darah hospital berkenaan menggesa orang ramai, terutama penderma kumpulan darah O positif, supaya tampil segera bagi membantu menampung keperluan yang semakin mendesak.

Menerusi makluman yang dikongsi di platform rasmi mereka semalam, peningkatan mendadak permintaan darah dikesan sejak awal tahun berpunca daripada beberapa kes pesakit kritikal yang memerlukan rawatan kompleks serta penggunaan plasma secara berterusan dalam jumlah yang tinggi.

Menurut pihak hospital, penggunaan plasma ketika ini mencecah lebih 15 beg sehari dan keadaan tersebut dijangka berlarutan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Justeru, orang awam yang layak menderma khususnya mereka yang mempunyai darah jenis O positif, diseru untuk hadir ke kempen derma darah yang dianjurkan di sekitar Sibu atau terus ke Tabung Darah Hospital Sibu.

Pihak hospital turut berharap kerjasama dan keprihatinan masyarakat setempat dapat memastikan bekalan darah kekal mencukupi, sekali gus memberi peluang kepada pesakit-pesakit yang sedang menjalani rawatan untuk terus menerima bantuan yang amat diperlukan dalam perjuangan mereka melawan penyakit.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman