Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun sedikit pagi ini

Posted on 15 Jan 2026
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak pagi ini menurun kepada 611 orang daripada 194 keluarga berbanding 622 orang petang semalam, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Empat PPS masih beroperasi di Bahagian Sibu dan Bintulu.

Di Sibu, hanya PPS SMK Bukit Assek menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga. Di Bintulu, PPS Dewan Suarah menempatkan 278 mangsa (85 keluarga), manakala di Sebauh, PPS Balai Raya menempatkan 150 mangsa (54 keluarga) dan PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh menempatkan 177 mangsa (54 keluarga).

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal Public Infobanjir melaporkan paras air di empat stesen iaitu Long Teru (Miri), Sungai Sibiu (Bintulu), Nanga Lemai B dan Stapang B (Sibu) masih melebihi paras bahaya, manakala lima stesen lain berada pada paras amaran.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman