RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.08 pagi sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah ke lokasi kejadian, kira-kira sembilan kilometer dari balai.
“Pasukan tiba pada jam 6.21 pagi dan mendapati sebuah kenderaan di bahu jalan telah terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.29 pagi menggunakan satu aliran salur bantu mula, pam jentera serta sumber air dari tangki jentera.
“Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.50 pagi selepas anggota memastikan keadaan selamat dan terkawal,” katanya.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian malang itu.
Operasi melibatkan lapan anggota dengan kekuatan sebuah jentera FRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).