RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental mencuri perhatian orang ramai apabila bertindak di luar kebiasaan di tengah jalan raya di Jalan Wong King Huo, berhampiran bulatan Bukit Lima di sini, semalam.
Difahamkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang bergerak tiba-tiba memasuki laluan bertentangan lalu berhenti.
Pemandu terbabit kemudian keluar dari kenderaan, menanggalkan pakaian dan seluar lalu berbaring di tengah jalan.
Beberapa ketika kemudian, lelaki itu berjalan ke kawasan semak berhampiran dan kembali berbaring di situ sebelum memakai semula pakaiannya dan masuk ke dalam kenderaan, seterusnya meninggalkan lokasi.
Insiden itu menarik perhatian orang awam yang berada di kawasan berkenaan dan menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai keadaan lelaki berkenaan.
Setakat ini, identiti dan punca kejadian masih belum diketahui manakala pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.