Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Methodist Children Home rai Chap Goh Mei dalam suasana ceria dan kekeluargaan

Disiarkan pada 05 Mar 2026
Sumber Berita: Utusan Borneo Online

SIBU: Methodist Children Home di sini telah menyambut hari ke-15 Tahun Baharu Cina, atau lebih dikenali sebagai Chap Goh Mei, dalam suasana penuh keceriaan dan semangat kekeluargaan, baru-baru ini.

Majlis yang diadakan pada sebelah petang itu menghimpunkan kira-kira 50 orang kanak-kanak dan kakitangan rumah kebajikan berkenaan bersama 10 tetamu jemputan.

Sambutan tersebut bertambah bermakna apabila Pengerusi Lembaga Pengurusan, Lau Tiong Kii, hadir bagi memeriahkan acara.

Sebagai simbol berkongsi rezeki dan membawa tuah, Lau telah menyampaikan “ang pow” kepada semua kanak-kanak serta penjaga mereka.

Wajah ceria dan senyuman yang terukir jelas menggambarkan keterujaan anak-anak yang menerima sampul merah tersebut.

Tidak ketinggalan, buah limau mandarin turut diedarkan kepada semua yang hadir sebagai lambang kemakmuran dan kesejahteraan.

Suasana majlis dihiasi dengan dekorasi ringkas bertemakan Tahun Baharu Cina, sekali gus menambahkan seri sambutan.

Menurut pihak penganjur, program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan perayaan, malah mengeratkan hubungan antara kanak-kanak, kakitangan dan para penyumbang.

“Kami amat bersyukur kerana dapat meraikan Chap Goh Mei bersama anak-anak dalam suasana yang penuh kasih sayang dan kegembiraan,” ujarnya.

Majlis berakhir dengan jamuan ringan dan sesi bergambar sebagai kenangan.

Sambutan Chap Goh Mei kali ini bukan sekadar perayaan, tetapi menjadi wadah memupuk nilai kebersamaan, keprihatinan dan semangat muhibah dalam kalangan warga Methodist Children Home.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman