RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Polis menahan enam individu tempatan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini pada Selasa.
Dalam serbuan tersebut, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan bersama peket plastik lut sinar berisi ketulan kristal dipercayai methamphetamine.
Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah manakala semakan rekod lampau mendedahkan beliau pernah terlibat dalam enam kes berkaitan dadah sebelum ini.
Suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Selain itu, polis turut menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 43 tahun selepas ujian mendapati mereka positif dadah sama.
Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000, penjara maksimum dua tahun serta pengawasan wajib selama dua tahun.
Bagi kesalahan memiliki dadah, Seksyen 12(3) pula memperuntukkan hukuman lebih berat iaitu denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supt Boniface Bajai menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat melalui hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman (012-2087222) atau JSJN Sarawak (017-5929211).