Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Penganjuran Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Ado, SPS Nanga Tada, Kanowit

Disiarkan pada 01 Apr 2026
Sumber Berita: Pejabat Daerah Kanowit
KANOWIT : Pejabat Daerah Kanowit dengan kerjasama JKKK SPS Nanga Tada, Sungai Tada, Kanowit dan Pusat Khidmat DUN N.49 Ngemah telah berjaya menganjurkan Majlis Bersama Pemimpin di Rumah Ado, SPS Nanga Tada, Kanowit pada 14 Mac 2026 yang lepas. Penganjuran majlis berkenaan mendapat sambutan yang hangat apabila hampir 450 orang hadir ke majlis berkenaan terdiri daripada agensi, jabatan Kerajaan, barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta penduduk di sekitar SPS Nanga Tada.
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Dato Sri John Sikie Anak Tayai, Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap ADUN Kakus. Beliau di dalam ucapannya menekankan agar jawatan tertinggi dalam JKKK tidak harus dipegang oleh ahli keluarga yang sama bagi mengelakkan kemungkinan salah laku. Selain itu, beliau turut menekankan agar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum yang baharu untuk diberikan kursus berkaitan peranan dan tanggungjawab mereka.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Menteri Digital, YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, ADUN Ngemah YB Anyi Anak Jana dan Pegawai Daerah Kanowit ,Encik Cerisologo Anak Sabut..
 


image Undian
image Pengumuman