Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Kanowit Bagi DUN N.49 Ngemah

Disiarkan pada 01 Apr 2026
Sumber Berita: Pejabat Daerah Kanowit
KANOWIT: Pejabat Daerah Kanowit dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN N.49 Ngemah telah berjaya menganjurkan Majlis Penyerahan Sijil Perlantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum bagi DUN N.49 Ngemah pada 26 Februari 2026 yang lepas. Majlis berkenaan telah dihadiri sekitar 100 orang KMKK yang merupakan penerima sijil perlantikan baru dan perlanjutan.
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Tuan Anyi Anak Jana, ADUN Ngemah. Beliau di dalam ucapannya menekankan agar KMKK bagi kawasan Ngemah sentiasa komited dalam melakukan tugas mereka mereka serta memikulkan tanggungjawab dengan penuh amanah. Beliau turut menegaskan agar KMKK sentiasa menghayati nilai Madani dan memfokuskan kepada perpaduan serta keharmonian dalam rumah Panjang.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara, Dr Stephen William, Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, Puan Susan Clement Ingun serta Pegawai Daerah Kanowit, Encik Cerisologo Anak Sabut.
 


image Undian
image Pengumuman