Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Kanowit Bagi DUN N.50 Machan
Disiarkan pada 01 Apr 2026
Sumber Berita: Pejabat Daerah Kanowit
KANOWIT: Pejabat Daerah Kanowit dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN N.50 Machan telah berjaya menganjurkan Majlis Penyerahan Sijil Perlantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum bagi DUN N.50 Machan pada 02 Mac 2026 yang lepas. Majlis berkenaan telah dihadiri sekitar 110 orang KMKK yang merupakan penerima sijil perlantikan baru dan perlanjutan.
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Tuan Allan Siden Gramong, ADUN Machan. Beliau di dalam ucapannya menekankan agar KMKK bagi kawasan Machan sentiasa komited dalam melakukan tugas mereka mereka serta memikul tanggungjawab dengan penuh amanah.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara, Dr Stephen William, Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, Encik Peturs@Petrus Igat Anak Mathias, Pegawai Daerah Kanowit, Encik Cerisologo Anak Sabut dan wakil Residen Bahagian Sibu, Encik Macgyver Bin Boi.