RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Orang ramai dijemput hadir menderma darah pada kempen derma darah anjuran Persatuan Komuniti Sibu Hin Hua Dui Binn dan Persatuan Sibu Hin Hua Pou Sen di Orange Zone, Star Mega Mall di sini pada Jumaat ini.
Kempen dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu dan Star Mega Mall, bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.
Penganjuran kempen tersebut adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.