Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Dua lelaki disyaki seleweng diesel diberkas di stesen minyak di Sibu

Disiarkan pada 29 Apr 2026
Sumber Berita: Utusan Borneo Online

SIBU: Dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan kerana disyaki menyeleweng diesel dalam operasi penguatkuasaan di sebuah stesen minyak di sini pada 24 April lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin berkata, pemeriksaan dijalankan oleh KPDN Cawangan Sibu secara berkala menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan.

Dalam operasi itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda ditahan kira-kira jam 10 pagi selepas disyaki membawa 200 liter diesel bernilai RM430 tanpa kebenaran.

“Pada hari sama sekitar jam 3 petang, satu lagi kenderaan pacuan empat roda ditahan di stesen minyak sama dengan anggaran 93 liter diesel bernilai RM199.95 dipercayai diseleweng,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, empat kes dihasilkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak melakukan kesalahan.

Katanya, dua tindakan kes turut diambil terhadap stesen minyak kerana membenarkan pembelian melebihi had tanpa permit sah, manakala dua lagi kes melibatkan individu yang disyaki menyeleweng diesel.

Nilai rampasan diesel dianggarkan berjumlah RM629.95 dengan keseluruhan nilai rampasan mencecah RM20,629.95.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku aktiviti perniagaan boleh menyalurkan aduan kepada KPDN melalui WhatsApp 019-848 8000, e-mel e-aduan@kpdn.gov.my, talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman