Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

NAMLIFA Sibu anjur ceramah kesihatan awam Sabtu ini

Disiarkan pada 07 May 2026
Sumber Berita: Utusan Borneo Online

SIBU: Persatuan Kebangsaan Penasihat Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia (NAMLIFA) Cawangan Sibu menganjurkan ceramah kesihatan awam pada Sabtu ini.

Ceramah kesihatan dengan kerjasama Rejang Medical Centre (RMC) dengan sesi pertama dikendalikan Dr Wilson Lau Pick Siung dari Jabatan Kecemasan dan Trauma dan sesi kedua pula oleh pegawai dietetik Cindy Yap.

Program dijadualkan pada jam 9 pagi di Hotel Medan, Jalan Wong King Huo dimulakan dengan pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan asas iaitu tekanan darah, paras gula dalam darah dan ujian ketumpatan tulang.

Program ini diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) NAMLIFA Cawangan Sibu 2026 yang akan berlangsung pada jam 9.30 pagi.

Mesyuarat tersebut akan diserikan dengan kehadiran Presiden NAMLIFA Kebangsaan Krishnan Appanu dan turut dihadiri Pengerusi NAMLIFA Cawangan Sibu Ralikrishnan Wong.

Antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuklah pengesahan mesyuarat, penyampaian laporan tahunan, laporan tahunan setiausaha dan laporan kewangan serta pemilihan jawatankuasa baharu sesi 2026-2028.

Mesyuarat akan diakhiri dengan sesi perbincangan hal-hal lain yang berkaitan dengan persatuan.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman