RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
Simbolik penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi SDNU Sibu Chambai Lindong pada Rabu.
Turut mengiringi beliau ialah Pengerusi Biro Kebajikan SDNU Sibu Jawi Anom, Setiausaha SDNU Sibu Samuel Sila dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) SDNU Sibu Wilson Linggong.
Penyerahan sumbangan kepada tiga keluarga yang terkesan itu dilakukan secara serahan tangan dan disaksikan sendiri oleh Tuai Rumah Udin.
Ketika ditemui, Chambai menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap mangsa-mangsa yang kehilangan tempat berteduh dalam sekelip mata.
"Kami di peringkat jawatankuasa SDNU Sibu amat berdukacita atas musibah yang menimpa ketiga-tiga keluarga ini.
"Ujian ini amat berat, namun kami berdoa agar mereka diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menempuh fasa sukar ini," katanya.
Beliau dalam pada itu turut menggesa agensi-agensi kerajaan berkaitan agar dapat menyalurkan bantuan susulan dengan kadar segera bagi membolehkan mangsa membina semula kehidupan mereka. "SDNU Sibu amat berharap agar pihak berkuasa dan agensi kebajikan kerajaan dapat mengambil tindakan segera demi mengurangkan kesusahan yang ditanggung oleh mangsa pada waktu kecemasan ini," tambahnya.