Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Penduduk Sibu Jaya kecewa taman permainan rosak, bahayakan keselamatan kanak-kanak

Disiarkan pada 03 Jul 2026
Sumber Berita: Utusan Borneo Online

SIBU: Seorang penduduk meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan sebuah taman permainan di kawasan perumahan Sibu Jaya yang didakwa rosak serta membahayakan keselamatan kanak-kanak.

Beliau mendakwa kerosakan pada peralatan permainan itu dipercayai berpunca daripada perbuatan vandalisme selain kurangnya penyelenggaraan.

Kekecewaan tersebut dizahirkan menerusi hantaran di akaun Facebooknya Dornie Dornie pada Khamis, yang turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan peralatan permainan mengalami kerosakan.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan kerana kanak-kanak masih menggunakan taman permainan berkenaan.

“Ini terjadi kepada taman permainan kanak-kanak di Sibu Jaya yang membahayakan kanak-kanak untuk bermain dengan keadaan begini,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab menyelenggara kemudahan awam tersebut.

“Di manakah orang yang bertanggungjawab untuk membaiki keadaan sebegini?” tambahnya.

Justeru beliau berharap tindakan segera diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Harap perkara ini dapat diatur dengan segera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” ujar beliau.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya lebih bertanggungjawab menjaga kemudahan awam dan tidak melakukan vandalisme.

 
 
  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman