Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Tindakan pantas orang awam bantu padam kebakaran kereta

Posted on 07 Jul 2026
Source of News: Utusan Borneo Online
SIBU: Sebuah kereta mengalami kebakaran kecil di bahagian hadapan ketika diparkir di hadapan sebuah hotel di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral tiba di lokasi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 malam.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 7.12 malam dan mendapati kebakaran melibatkan bahagian lampu hadapan sebelah kiri sebuah kereta.

“Anggaran kemusnahan adalah sekitar 10 peratus, manakala kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan sebuah alat pemadam api jenis debu kering sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba kemudian menjalankan penilaian awal keadaan sebelum membuat pemantauan bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya dan tiada risiko api marak semula.

Selepas pemeriksaan mendapati lokasi berada dalam keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 7.30 malam.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
 

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman