Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Kanowit Cultural Festival Siri 1.0 2026 Ketengah Keunikan Adat dan Budaya Komuniti Daerah Kanowit

Posted on 07 Jul 2026
Source of News: Pejabat Daerah Kanowit
KANOWIT: Jawatankuasa Kanowit Cultural Festival (KCF) Siri 1.0 2026 yang dipengerusikan oleh Encik Cerisologo Anak Sabut yang juga merupakan Pegawai Daerah Kanowit telah berjaya menganjurkan festival kebudayaan yang julung kalinya diadakan di Daerah Kanowit. Penganjuran KCF Siri 1.0 2026 adalah kerjasama bersama pihak PEMADAM Daerah Kanowit, agensi Kerajaan dan komuniti Daerah Kanowit.
Majlis perasmian KCF Siri 1.0 2026 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara yang juga merupakan Ahli Parlimen P210 Kanowit. Beliau di dalam ucapannya menekankan agar program berkenaan akan terus diadakan pada masa akan datang.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah ADUN N.49 Ngemah Yang Berhormat Encik Anyi Anak Jana, ADUN N.50 Machan Yang Berhormat Allan Siden Gramong, Pegawai Daerah Kanowit, Encik Cerisologo Anak Sabut dan Temenggong Bahagian Sibu, Stanley Geramong Bandar.
 


image Undian
image Pengumuman