Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Teresang Dayak Sarawak santuni keluarga mendiang Maseng Reban

Disiarkan pada 20 Jul 2026
Sumber Berita: Utusan Borneo Online
SIBU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Iban Sibu (Teresang Dayak Sarawak) tampil menzahirkan rasa simpati dan sokongan dengan menghulurkan sumbangan kepada Pengerusi Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Sibu, Angelyn Uchi Maseng, yang sedang berduka atas pemergian ayahanda tercinta, mendiang Maseng Reban.

Mendiang Maseng dilaporkan meninggal dunia pada malam Jumaat ketika di Hospital Sibu.

Penyerahan sumbangan tersebut telah diketuai oleh Presiden Teresang Dayak Sarawak, Robinson Corey, bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) persatuan bagi Bahagian Sibu sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap keluarga yang sedang menghadapi saat-saat sukar.

Robinson berkata, kunjungan dan sumbangan itu merupakan manifestasi semangat kebersamaan serta nilai kebajikan yang sentiasa diterapkan oleh Teresang Dayak Sarawak dalam membantu ahli masyarakat yang ditimpa musibah.

"Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan sedikit beban keluarga, di samping menjadi tanda sokongan moral daripada seluruh warga Teresang Dayak Sarawak," katanya.

Beliau turut mewakili seluruh kepimpinan dan ahli persatuan merakamkan ucapan takziah kepada Uchi serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan yang disayangi.

"Semoga Uchi sekeluarga terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Kami juga mendoakan agar roh mendiang Maseng dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beroleh kedamaian," tambahnya.

  • oleh


image Undian
image Pengumuman