RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU, 3 Ogos: Inspektor Suhaimi Rahman secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Ketua Balai Polis Sibu daripada ASP Binsin Lunjong dalam majlis serah terima tugas yang diadakan hari ini.
Majlis berkenaan disaksikan Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dan dihadiri pegawai serta anggota polis sebagai simbolik peralihan kepimpinan di Balai Polis Sibu.
Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan upacara menandatangani dan penyerahan dokumen serah terima tugas daripada ASP Binsin kepada Inspektor Suhaimi.
Pada majlis sama, Abang Zainal Abidin merakamkan penghargaan kepada ASP Binsin atas komitmen, dedikasi dan sumbangan beliau sepanjang menerajui Balai Polis Sibu.
Sebagai tanda penghargaan, beliau turut menyampaikan plak kepada ASP Binsin atas segala jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik penghargaan kepada kedua-dua pegawai serta menandakan peralihan tugas secara rasmi.
Peralihan kepimpinan itu diharap dapat meneruskan kesinambungan usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat di daerah ini.-TVS
By TVS