Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

SAMBUTAN HARI WANITA SARAWAK 2026 (HW26) PERINGKAT DAERAH SIBU

Disiarkan pada 03 Aug 2026
Sumber Berita: UKAS
SIBU: Kira-kira 80 peserta terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) wanita, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan negeri menyertai Sambutan Hari Wanita Sarawak 2026 (HW26) di Sibu, pada Ahad.

Program yang berlangsung di Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC), Jalan Awang Ramli Amit itu mengetengahkan tema ‘Sarawak Women in Digital Economy’.

Antara pengisian sambutan ialah aktiviti senamrobik dan zumba serta demonstrasi menghasilkan beg tote.

Peserta di Sibu turut mengikuti secara langsung simbolik perasmian sambutan berkenaan yang disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, menerusi siaran langsung.

Majlis turut diserikan dengan acara memotong kek sebagai sebahagian daripada pengisian sambutan.

Sambutan Hari Wanita Sarawak merupakan acara tahunan yang diadakan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat wanita, NGO dan agensi kerajaan negeri.


-EDISI UKAS


image Undian
image Pengumuman