Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

KMKK digesa amal saluran komunikasi terbuka, satukan komuniti

Posted on 06 Aug 2026
Source of News: Utusan Borneo Online
SIBU: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di daerah ini digesa agar sentiasa mengamalkan saluran komunikasi terbuka serta menjadi ejen penyatuan komuniti demi memacu pembangunan dan kesejahteraan penduduk.

Residen Bahagian Sibu Superi Awang Said berkata, pemimpin akar umbi seperti pemanca, penghulu, kapitan dan tuai rumah perlu menyalurkan sebarang isu berbangkit secara terus kepada Pejabat Residen agar tindakan segera dapat diambil.

Beliau turut mengingatkan para pemimpin masyarakat supaya sentiasa berperanan sebagai penyelesai masalah dan tidak mencetuskan konflik yang boleh menjejaskan keharmonian komuniti.

"Kita mahu pemimpin akar umbi menjadi pemangkin keharmonian dan bukannya pemicu perbalahan dalam komuniti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi Persatuan Ketua Masyarakat Kaum Cina Sibu yang diketuai Temenggung Datuk Vincent Lau di Pejabat Residen Bahagian Sibu, hari ini.

Sementara itu Lau berkata, kunjungan berkenaan bertujuan mengeratkan silaturahim serta membina kerjasama yang lebih padu antara persatuan dengan pentadbiran bahagian.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik dan berharap Pejabat Residen serta Pejabat Daerah dapat terus menyokong pelbagai inisiatif yang digerakkan demi kesejahteraan penduduk.

"Kami berharap kerjasama baik ini dapat diteruskan terutama dalam menyalurkan maklumat yang tepat daripada kerajaan kepada rakyat," ujar beliau.

Menurutnya lagi, persatuan itu memainkan peranan penting sebagai perantara untuk menyampaikan dasar kerajaan, selain meningkatkan kesedaran awam berhubung isu kritikal seperti ancaman wabak rabies dan penyalahgunaan dadah.

 
  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman