RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad (gambar) berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.28 petang itu, mangsa yang sedang berjalan kaki di bahu jalan mengalami kecederaan pada lengan dan kaki kiri sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, siasatan awal mendapati kenderaan terbabit, sebuah Perodua Bezza yang dipandu individu belum dikenal pasti, dipercayai bergerak dari arah Jalan Tong Sang menuju ke Jalan Deshon.
"Sehingga kini, nombor pendaftaran kenderaan serta identiti pemandu Perodua Bezza berkenaan masih belum dapat dikenal pasti.
"Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama orang awam yang berada di sekitar lokasi pada masa kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan media lewat malam tadi.
Beliau turut menggesa pemilik kenderaan yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) atau pemilik kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan supaya menghubungi pihak polis.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu atau Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ali Nordin di talian 013-5723330.