Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Pikap hilang kawalan rempuh empat kenderaan di Sibu

Posted on 17 Aug 2026
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Gara-gara hilang kawalan, sebuah kenderaan pikap merempuh empat kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta di Lorong Aman 1, di sini dalam kejadian tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam.

Katanya, kenderaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh empat kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta.

“Semasa kejadian, kesemua pemandu empat kenderaan berkenaan tidak berada di dalam kenderaan masing-masing.

“Tiada kecederaan dilaporkan, namun kesemua kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan,” ujarnya menerusi kenyataan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pemandu pikap berkenaan baru sahaja bergerak dari sebuah kedai di Lorong Aman 1 untuk pulang ke rumah sebelum kejadian berlaku.

Katanya, pemandu terbabit turut telah diambil sampel darah bagi tujuan ujian kandungan alkohol dan dadah.

Abang Zainal berkata, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dengan cermat dan berhemah serta tidak memandu sekiranya berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

  • oleh


image Undian
image Pengumuman