Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Pemandu cedera ringan selepas 4WD terbabit kemalangan

Posted on 17 Aug 2026
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Seorang lelaki cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda  (4WD) yang dipandunya terbabit dalam kemalangan berhampiran kilang batu bata, Jejambat Sibu-Bintulu, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 4.36 petang.

Menurutnya, mangsa, 41, didapati sedar dan tidak tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan bomba membantu mangsa keluar dari kenderaan sebelum membawanya ke tempat selamat.

“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi,” ujarnya dalam kenyataan.

Operasi yang melibatkan enam anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) tamat pada jam 5.02 petang selepas keadaan di lokasi disahkan selamat.

  • oleh

 



image Undian
image Pengumuman