RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) itu berkata, pembakaran terbuka di kawasan belakang rumah bagi membersihkan sisa kebun di kawasan perumahan ketika ini tidak dibenarkan.
“Justeru, saya menggesa semua penduduk di kawasan perumahan supaya mengelakkan sebarang pembakaran di kawasan belakang rumah masing-masing bagi melupuskan sisa kebun,” katanya.
Mengulas mengenai pembakaran terbuka yang dilakukan petani di sepanjang Jalan Sibu Jaya-Kong Yit Khim yang baharu, beliau berkata pihak majlis akan bekerjasama dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) bagi melaporkan kes pembakaran terbuka di kawasan berkenaan.
Dengan keadaan cuaca kering dan jerebu yang berkemungkinan berterusan ketika ini, beliau menegaskan kerjasama orang awam penting bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
“Kami berharap semua pihak memainkan peranan dengan tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia akan memburukkan lagi keadaan jerebu ketika ini,” katanya.
Sementara itu, kualiti udara di Sibu bertambah baik daripada tahap tidak sihat kepada sederhana hari ini.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, Sibu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 74 setakat jam 4 petang semalam.