Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Konsert Karnival Sibu Jaya 2026 ditangguhkan

Posted on 01 Sep 2026
Source of News: Utusan Borneo Online
SIBU: Acara Konsert Karnival Sibu Jaya 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 5 September ini ditangguhkan berikutan situasi jerebu rentas sempadan yang semakin membimbangkan.

Amcorp Sibu Jaya Sdn Bhd dalam kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa langkah proaktif itu diambil demi memelihara kesihatan dan keselamatan komuniti, pengamal seni serta kru yang terlibat, selain mematuhi nasihat kerajaan berhubung aktiviti luar bangunan.

"Tarikh baharu penganjuran konsert akan diumumkan kelak sebaik sahaja kualiti udara bertambah baik dan selamat untuk perhimpunan awam," menurut kenyataan itu.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat, peniaga, penaja dan rakan strategik atas kefahaman yang diberikan, serta memaklumkan sebarang maklumat terkini akan disalurkan menerusi saluran media rasmi dan platform media sosial mereka. 

  • oleh


image Undian
image Pengumuman