Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Pasangan kekasih ditahan bersama dadah bernilai RM412,351 di Sibu

Posted on 03 Sep 2026
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM412,351 susulan penahanan sepasang kekasih warga tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Gambir di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pasangan berusia 21 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu kira-kira jam 5 petang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan pihak polis merampas 840 papan mengandungi 8,400 biji pil disyaki dadah jenis Erimin 5 dengan anggaran berat kasar 2,677.46 gram.

"Turut dirampas enam bungkusan kertas warna hitam mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis Ketamin dengan anggaran berat kasar 2,891.81 gram," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau menambah, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya serta pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B akta sama.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus mempertingkatkan tindakan membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta menyalurkannya melalui hotline JSJN Bukit Aman di talian 012-2087222 atau JSJN Sarawak (017-59292211).

 
  • oleh

 



image Undian
image Pengumuman