Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Ribuan pengunjung banjiri pembukaan BCF 2026 di Sibu

Posted on 07 Sep 2026
Source of News: Utusan Borneo Online
SIBU: Ribuan pengunjung tempatan dan luar membanjiri Dataran Tun Tuanku Bujang malam tadi bagi menyaksikan upacara pembukaan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2026 yang bertemakan “Echoes of Borneo”. Majlis pelancaran gilang-gemilang itu disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh. Acara kemuncak dimulakan seawal jam 8 malam dengan gimik penyalaan BCF Arch. Suasana malam pembukaan terus dihangatkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan seni kreatif daripada kumpulan tempatan. Antara yang mencuri tumpuan ialah persembahan pembukaan oleh Hornland Dance Theatre, Link Martial Art Theatre, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Lai, SM Wong Nai Siong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart, D’Tari serta Elemenz. Selain itu, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan seni oleh Kaki Seni Gerhayu, persembahan khas SM Wong Nai Siong serta persembahan muzik secara langsung oleh K'Lunan Magat. Program BCF 2026 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu bakal berlangsung hingga 12 September. Program BCF 2026 yang dianjurkan oleh MPS dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak ini bakal berlangsung hingga 12 September.
  • oleh


image Undian
image Pengumuman