RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Malam Cina sempena Festival Kebudayaan Borneo (BCF) 2026 mengetengahkan pelbagai persembahan kebudayaan Cina di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 di sini, semalam.
Dianjurkan oleh Persatuan Gabungan Cina (UCA) Sibu, acara berkenaan menampilkan persembahan termasuk orkestra Cina, tarian alu-aluan, pertunjukan pertukaran wajah, tarian naga, tarian singa, Wushu, tarian Cina dan Gendang 24 Perayaan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing diwakili Datuk Teo Boon Siew pada acara berkenaan.
Program dimulakan dengan persembahan orkestra Cina oleh Persatuan Klan Chen (Ling Chuan) Sibu, diikuti tarian alu-aluan oleh The One Dance Studio dan pertunjukan pertukaran wajah oleh Edmond Wong Yik Tze.
Persatuan Seni Mempertahankan Diri (Quan Shu) Sibu turut mempersembahkan tarian naga, tarian singa dan wushu.
Tadika Bintang Jaya, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sacred Heart Chinese, SJK Taman Rajang, SJK Thai Kwang, Sekolah Menengah (SM) Guong Ming, SM Kiang Hin, SM Wong Nai Siong dan Persatuan Muzikal Rejang Sibu turut serta dalam program berkenaan.Persembahan lain termasuk Gendang 24 Perayaan oleh SJK Sacred Heart Chinese serta persembahan solo oleh Kaunselor Yong Ing Hock dan Alex Moh.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting, Presiden UCA Ngieng Hock Teck dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola BCF 2026 Kaunselor Michelle Law Wan Ling.