RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
Meskipun hujan lebat memaksa program tertangguh seketika, ini tidak menghalang peserta daripada membuat persembahan masing-masing dengan penuh semangat.
Kumpulan Rentaka Beragi berjaya muncul juara Pertandingan Tarian Tradisional, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing milik Anak Seni Kenyalang dan Anak Pusaka 5.
Dua hadiah sagu hati diberikan kepada kumpulan Kandi Tari Bayuh Budaya dan Karisma.
Sementara bagi Pertandingan Tarian Kreatif, kumpulan Nyalang Ritma Dansar muncul juara, diikuti kumpulan Gemala Aditari di tempat kedua dan Sanggar Kenyalang, ketiga. Dalam pada itu, Rentaka Beragi dan Gemala Aditari turut memenangi Anugerah Busana Terbaik bagi kedua-dua kategori.
Malam Pavilion Melayu dan Melanau dimulakan dengan gimik dan persembahan khas bertajuk 'Gema' yang dipersembahkan oleh pemuzik dan artis tari Kaki Seni Gerhayu Sibu Production, yang berjaya menghangatkan suasana.
Ini diikuti dengan majlis perasmian ringkas serta penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat yang hadir menyaksikan persembahan pada malam tersebut.
Antara yang hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting dan Timbalan Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, Setiausaha MPS Henry Jalin Watt, Pemanca Sharifah Ainie Sayeed Alwie, pengerusi penganjur BCF Michelle Law Wan Ling serta pengerusi penganjur Pavilion Melayu dan Melanau Norizan Sanyut.
Program utama Malam Pavilion Melayu dan Melanau menampilkan pertandingan tarian tradisional serta tarian kreatif etnik Melayu dan Melanau.
Turut membuat persembahan malam semlam ialah Syafiq Armin dan Feeqah Md Anis, masing-masing dengan dua buah lagu serta persembahan khas 'Terkayo-kayo' oleh Bakat Belia Negeri Sarawak (BABSAR).