RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Kumpulan WTK hari ini melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbangkan peralatan hos bomba kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah bagi membantu memperkukuh keupayaan memadam kebakaran serta tindak balas kecemasan di kawasan setempat.
Kumpulan berkenaan menyumbangkan 30 hos air di mana setiap balai terbabit menerima 15 hos air.
Wakil Kumpulan WTK Datin Sri Annie Wong Haw Bing turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan.
Sumbangan itu bertujuan menyokong usaha keselamatan kebakaran komuniti dengan menyediakan peralatan pemadaman kebakaran yang diperlukan, selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan kedua-dua balai dalam menghadapi kebakaran dan kecemasan lain.
WTK Group berharap sumbangan tersebut dapat memberi manfaat secara praktikal dalam memperkukuh keselamatan komuniti, selain mencerminkan komitmen kumpulan itu untuk menyumbang kembali kepada masyarakat serta menyokong inisiatif keselamatan setempat.