Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Kempen derma darah di Rejang Healthcare Centre Sabtu ini

Posted on 18 Sep 2026
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Rejang Medical Center dengan kerjasama Rejang Healthcare Centre dan Bank Darah Hospital Sibu akan menganjurkan kempen derma darah pada Sabtu ini.

Kempen tersebut bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari di tingkat bawah Rejang Healthcare Centre, bertentangan Rejang Medical Centre di Jalan Dr Wong Soon Kai.

Menerusi kenyataan medianya hari ini, kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah dan membantu menambah bekalan darah di Hospital Sibu bagi kegunaan pesakit yang memerlukan.

Selain menderma darah, orang ramai juga berpeluang menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian glukosa secara percuma.

Penderma yang berjaya akan menerima cenderahati percuma, manakala jamuan ringan turut disediakan.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran awal dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster kempen atau menghubungi talian 012-9910733 untuk maklumat lanjut.

Kempen ini diharap mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat demi menyokong usaha menyelamatkan nyawa.

  • oleh


image Undian
image Pengumuman