Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Kempen derma darah di BSMM Sibu Ahad ini

Posted on 18 Sep 2026
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Kelab Lions Sibu Loving Care dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu akan menganjurkan kempen derma darah pada Ahad ini.

Menerusi kenyataan hari ini, program anjuran bersama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sibu.

Kempen akan diadakan di bangunan PBSMM Sibu di Jalan Awang Ramli Amit, bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Objektif penganjuran kempen adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

  • oleh


image Undian
image Pengumuman