Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

PCS terima sumbangan kenderaan untuk operasi

Posted on 24 Sep 2026
Source of News: Utusan Borneo Online
SIBU: Persatuan Penjagaan Paliatif Sibu (PCS) menerima sumbangan sebuah kenderaan daripada Pengarah Urusan Kumpulan WTK Holdings Berhad Dato Sri Patrick Wong bagi menyokong perkhidmatan penjagaan paliatif organisasi berkenaan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakilnya Happy Wong pada majlis penyerahan di sini, hari ini.

Patrick berharap kenderaan itu dapat membantu pasukan PCS menjalankan tugas dengan lebih berkesan, khususnya dalam mendekati dan memberikan sokongan kepada pesakit penjagaan paliatif dan keluarga mereka dalam komuniti.

"Saya berharap kenderaan ini dapat memberikan bantuan praktikal kepada PCS dan pasukannya yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas, khususnya untuk mengunjungi serta menyokong pesakit penjagaan paliatif dan keluarga mereka dalam komuniti," ujarnya menerusi kenyataan.

Menurutnya, penjagaan paliatif bukan sahaja melibatkan rawatan perubatan, malah turut memberikan keselesaan, maruah dan sokongan kepada pesakit serta orang tersayang ketika melalui tempoh sukar.

"Bantuan kenderaan ini lebih daripada sekadar pengangkutan kerana ia membolehkan lawatan tepat pada masanya kepada pesakit yang mengalami kesakitan, tindak balas lebih pantas kepada keluarga yang berdepan krisis dan memberi jaminan bahawa tiada siapa perlu melalui perjalanan ini bersendirian," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan paliatif atas dedikasi dan komitmen mereka dalam memberikan khidmat kepada pesakit dan keluarga.

Sumbangan tersebut diterima Setiausaha PCS Chua Chong Seng.

Turut hadir ialah Presiden Kelab Lions Rejang Sibu Priscilla Lau dan pengerusi jawatankuasa penganjur Dr Amanda Chieng.
  • oleh


image Undian
image Pengumuman