☰Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Pesta Kanowit 2026 Promosikan Pelancongan Daerah Kanowit

Posted on 28 Sep 2026
Source of News: pejabat daerah kanowit
KANOWIT, SARAWAK – Pesta Kanowit 2026 merupakan salah satu acara utama yang menghimpunkan masyarakat setempat serta pengunjung dari dalam dan luar Daerah Kanowit dalam suasana penuh kemeriahan dan kebersamaan. Penganjuran Pesta Kanowit 2026 mempromosikan Daerah Kanowit sebagai salah satu destinasi pelancongan luar bandar yang menarik di Sarawak.
Pelbagai aktiviti, hiburan, makanan tradisional serta aktiviti keusahawanan tempatan diadakan bagi memberikan pengalaman yang menarik kepada para pengunjung. Program ini turut menyediakan ruang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk dan hasil kraftangan serta memperkenalkan keunikan budaya masyarakat Kanowit kepada khalayak yang lebih luas. Pesta Kanowit juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan, kelab dan komuniti setempat.
Majlis perasmian Pesta Kanowit 2026 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Allan Siden Gramong, Ahli Dewan Undangan Negeri N.50 Machan. Beliau di dalam ucapannya menekankan agar program berkenaan akan terus diadakan pada masa akan datang.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah ADUN N.49 Ngemah Yang Berhormat Encik Anyi Anak Jana, Pegawai Daerah Kanowit, Encik Cerisologo Anak Sabut dan wakil Residen Bahagian Sibu, Encik Abdul Malik Bin Hashim.
 


image Undian
image Pengumuman