Pesta Kanowit 2026 Ketengah Acara Air Sebagai Tarikan Utama
Posted on 28 Sep 2026
Source of News: Pejabat Daerah Kanowit
KANOWIT, SARAWAK – Acara Air yang berlangsung sempena Pesta Kanowit 2026 mampu mengetengahkan dan mempromosikan Daerah Kanowit sebagai salah satu destinasi yang penting dalam penganjuran acara air seperti powerboat dan remote control boat.
Acara yang merupakan acara utama bagi Pesta Kanowit ini tidak pernah gagal dalam menarik pelancong terutamanya dari luar Sarawak. Penyertaan bagi perlumbaan remote control boat adalah sebanyak 120 buah bot manakala penyertaan bagi powerboat adalah sebanyak 160 buah bot. Pesta Kanowit juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan, kelab dan komuniti setempat.
Majlis penangguhan Pesta Kanowit 2026 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Anyi Anak Jana, Ahli Dewan Undangan Negeri N.49 Ngemah. Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah ADUN N.50 Machan Yang Berhormat Encik Allan Siden Gramong, Pegawai Daerah Kanowit, Encik Cerisologo Anak Sabut dan wakil Residen Bahagian Sibu, Cik Marliana Binti Sahari