☰Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Tiga beradik kuasai pentas qari Tilawah Al-Quran Bahagian Sibu

Posted on 01 Oct 2026
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Pentas qari menjadi milik keluarga Hasbullah apabila tiga beradik itu bukan sahaja menewaskan pesaing lain, malah menguasai keseluruhan podium pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sibu Tahun 1448H/2026 di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS), semalam.

Abdul Khalik Hasbullah muncul juara, manakala kedua-dua abangnya Muhammad Zain Hasbullah dan Hasnizan Hasbullah masing-masing mengisi tempat kedua dan ketiga.

Keputusan itu mencuri perhatian apabila tiga kedudukan teratas kategori qari disapu bersih adik beradik daripada keluarga sama, sekali gus menyerlahkan pencapaian luar biasa keluarga Hasbullah dalam pertandingan berkenaan.

Muhammad Hanif Mohamad Jufri berada di tempat keempat, diikuti Ismady Hamid di tempat kelima, manakala Hamir Hamjah Kadri melengkapkan senarai enam peserta terbaik dengan menduduki tempat keenam.

Dalam kategori qariah, Masjuwita Rejeni dinobatkan sebagai juara, manakala Zaubidah Abta dan Haslinda Hassan masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Dayangku Farahwaheda Awang Mohammed menduduki tempat keempat, sementara Samaah Abus dan Nura Saini masing-masing berada di tempat kelima dan keenam.

Kejayaan di pentas tilawah itu turut membawa ganjaran wang tunai RM1,500 kepada johan, RM1,000 bagi naib johan dan RM700 berserta piala untuk pemenang tempat ketiga.

Penyampaian hadiah disempurnakan Setiausaha Politik Premier Sarawak Syed Azmee Wan Junaidi yang mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee.

Turut hadir ialah Residen Bahagian Sibu Superi Awang Said, Temenggung Dato Sri Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad dan Pegawai Tadbir Agama Islam Bahagian Sibu Ustazah Rafeah Buang.

  • oleh


image Undian
image Pengumuman