RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
Majistret Oon Kork Chern memerintahkan tertuduh, Mohadi Reni, 45, mula menjalani hukuman penjara tersebut berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 13 Mei 2026.
Mohadi terdahulu dituduh bersama tiga yang lain menceroboh masuk sebuah rumah di Jalan Wayang, Kanowit pada 13 Mei 2026, dengan niat untuk melakukan jenayah.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Berdasarkan keterangan kes, pada 13 Mei 2026, jam lebih kurang 8.44 pagi, pengadu diberitahu oleh kawannya yang melihat pintu rumah pengadu di Jalan Wayang, Kanowit terbuka.
Pengadu kemudian membuat laporan polis dan pada hari sama jam lebih kurang 8.50 pagi, sepasukan anggota polis telah menahan empat suspek yang berada di kediaman tersebut.
Hasil siasatan mendapati pengadu tidak ada mengarahkan sesiapa untuk membuka dinding rumahnya.
Kesemua suspek ditangkap semasa sedang berada di dalam rumah milik pengadu sementara kayu dinding rumah pengadu turut dirampas hasil pandu arah oleh tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Keshava Rao Tharma Raja sementara tertuduh tidak diwakili peguam.