RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, seramai 84 individu diperiksa dalam operasi berkenaan dan 15 daripadanya didapati positif dadah menerusi ujian saringan air kencing.
Operasi itu turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Cawangan Sibu.
SJR bersasar berkenaan dihadiri Ketua Daerah AADK Sibu Mohamad Farizal Mohamad Buang, dengan penekanan terhadap pematuhan undang-undang, akauntabiliti dan pendekatan sifar toleransi terhadap penyalahgunaan dadah, khususnya dalam sektor pengangkutan perdagangan.
Menurut AADK Daerah Sibu, saringan turut memfokuskan kenderaan perdagangan dan persendirian bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain sentiasa terpelihara.
Operasi itu juga bertujuan memperhebat penguatkuasaan terhadap individu yang memandu di bawah pengaruh dadah atau bahan terlarang sehingga boleh membahayakan nyawa orang awam.
AADK menegaskan keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam memastikan pemandu bebas daripada pengaruh dadah.
Turut hadir ialah Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Cawangan Sibu Mohd Ariffin Zaini dan Ketua Unit Penguatkuasa JIM Cawangan Sibu Sapura Let.