Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Amanah Raya Berhad Bantu Tingkat Sosioekonomi Sibu

 

Amanah Raya Berhad bantu tingkat sosioekonomi Sibu


 Dr Annuar menandatangani plak bangunan cawangan Amanah Raya yang dibuka di Sibu semalam.RASMI: Dr Annuar menandatangani plak bangunan cawangan Amanah Raya yang dibuka di Sibu semalam.

SIBU: Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee menyambut baik inisiatif Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) membuka cawangannya di sini semalam.

Berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Cawangan Amanah Raya di Jalan Lau King Howe di sini semalam, Dr Annuar berkata beliau menyokong penuh inisiatif agensi milik penuh kerajaan itu untuk mendekati masyarakat di sini.

Katanya, masyarakat di Sibu harus mengambil peluang yang ditawarkan Amanah Raya Berhad selaku agensi yang prihatin mengenai perancangan pewarisan.

“Perebutan harta pusaka sama ada banyak atau sedikit bukanlah satu isu baharu.

“Apabila seseorang individu meninggal dunia, harta yang ditinggalkan seharusnya dibahagikan secara adil kepada waris si mati,” katanya.

“Namun terdapat banyak kes kegagalan dalam menguruskan harta pusaka sehingga proses tersebut memakan masa panjang, akhirnya gagal diuruskan.

“Amanah Raya memiliki pengalaman dalam memberi perkhidmatan pengurusan pusaka dan wasiat kepada semua masyarakat berbilang bangsa dan agama,” jelasnya lanjut.

Menurut Dr Annuar, pembukaan cawangan baharu Amanah Raya di sini dapat membantu mempertingkatkan lagi sosioekonomi Sibu.

Ujar beliau, jika pembahagian pusaka dapat dilaksanakan dengan lancar serta dapat dimanfaatkan pewaris, sudah tentu perkara ini meningkatkan taraf ekonomi melalui perniagaan dan pembangunan modal insan.

“Dalam hal ini saya berharap masyarakat Sibu mengambil peluang yang ditawarkan oleh Amanah Raya.

“Mulalah merancang bagi memastikan kesinambungan hidup waris-waris kita terjamin,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Raya semasa berucap pada majlis berkenaan berkata, Amanah Raya komited untuk membantu rakyat Malaysia dengan menawarkan khidmat Perancangan Pewarisan yang merangkumi Perkhidmatan Wasiat, Pengurusan Peramanahan dan Pentadbiran Pusaka.

Katanya, berbekalkan pengalaman selama 90 tahun, Amanah Raya menawarkan perkhidmatan wasiat secara profesional dan ia terbuka kepada semua golongan, kaum dan agama.

“Amanah Raya mahu semua individu di negara ini tahu tentang perkhidmatan yang ditawarkan adalah meliputi semua lapisan masyarakat, tidak hanya tertumpu kepada Bumiputera,” katanya.

 
image Undian
image Pengumuman