Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

PENDAFTARAN NAMA PERNIAGAAN

 

PENDAFTARAN NAMA PERNIAGAAN


PENDAFTARAN NAMA PERNIAGAAN

Pengenalan

Setiap perniagaan milikan tunggal dan perkongsian di negeri Sarawak hendaklah mendaftar nama perniagaannya dan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan didalam Ordinan Nama-nama Perniagaan [Cap. 64]. Setiap perniagaan yang hendak didaftarkan hendaklah mendaftar perniagaan mereka di Pejabat Daerah atau pihak yang diberi kuasa mengikut daerah tempat premis perniagaan itu berada. Contohnya, jika premis perniagaan terletak di bandar Sibu maka pemilik perniagaan tersebut hendaklah mendaftar perniagaannya di Pejabat Daerah Sibu dan bukanya di Pejabat Daerah yang lain.

Bayaran Yuran

 i.  PENDAFTARAN - RM 50.00
 ii. PETIKAN         - RM 2.00  

Pembayaran yuran hendaklah dijelaskan dengan cara tunai sahaja. Pembayaran menggunakan Cek, wang pos atau kad kredit tidak diterima.

Waktu Operasi Kaunter

 i.  Isnin - Khamis : 8.00 am - 12.00 pm dan 2.00 pm - 3.30 pm
 ii. Jumaat            : 8.00 am - 11.00 pm dan 2.15 pm - 3.30 pm

Dokumen-dokumen yang diperlukan

 i. Borang R.20-Pind. 1/86 *;
 ii. Cop Rasmi Syarikat **;
 iii. Salinan Kad Pengenalan pemohon **;
 iv. Bayaran Pendaftaran (RM50.00) serta bayaran petikan (RM2.00) **;
 v. Salinan Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement) atau salinan fotokopi Geran Tanah ( Land Title ) atau Ekstrak Geran Tanah dan Survei jika tempat berniaga kepunyaan pemohon **;
 vi. Salinan Surat perjanjian dengan pemilik premis jika tempat berniaga disewa **.

* Sila dapatkan borang tersebut di Kaunter Pendaftaran Perniagaan, Pejabat Daerah Sibu
** Disediakan sendiri oleh pemohon.

Proses Kerja

Langkah 1 - Dapatkan Borang R.20-Pind. 1/86 seterusnya dilengkapkan dan diisi dengan menggunakan mesin taip {Typewriter) sahaja;

Langkah 2 - Setelah dilengkapkan. pastikan borang tersebut di tandatangani oleh pemohon dan dicopkan sampel cop rasmi syarikat pada ruangan sampel cop rasmi yang disediakan;

Langkah 3 - Kerani menerima borang yang telah diisi oleh pemohon dan disemak isi kandungan samada lengkap atau tidak;

Langkah 4 - Hantar Borang permohonan tersebut kepada Pegawai Daerah Sibu selaku Pendaftar Perniagaan Daerah Sibu untuk dipertimbangan untuk kelulusan;

Langkah 5 - Jika permohonan diluluskan, bayaran pendaftaran sebanyak RM50.00 dan bayaran petikan sebanyak RM2.00 dikenakan dan dikeluarkan resit;

Langkah 6 - Sijil pendaftaran disediakan dan ditandatangani oleh Pendaftar Perniagaan;

Langkah 7 - Serahkan Sijil Pendaftaran kepada pemohon.


Permohonan Untuk Mendapatkan Ekstrak / Petikan Nama-Nama Perniagaan

1)    Pemohon perlu menulis surat menyatakan nama dan No. Pendaftaran Firma berkenaan serta membayar yuran sebanyak RM 2.00
2)    Semua permohonan akan diproseskan dan diluluskan dalam tempoh 1 hari sekiranya Pegawai Daerah berkenaan berada di pejabat pada masa itu.

Pindaan Maklumat Perniagaan

Sebarang pindaan pada maklumat perniagaan hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Perniagaan dengan melampirkan dokumen-dokumen mengikut kes-kes seperti berikut:-

1. Pertukaran Hakmilik Syarikat
2. Tukar Nama Perniagaan
3. Tukar Alamat / Tambah Cawangan
4. Tambah / Tukar Bidang

Gantian Sijil Perniagaan

Pemohon boleh memohon untuk mendapat gantian sijil perniagaan atas budibicara Pendaftar Perniagaan di atas faktor kehilangan sijil ataupun sijil yang telah rosak dan tidak dapat digunapakai. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :-

    i. Gantian kerana Kehilangan Sijil.

   ii. Gantian sijil yang rosak


Pembatalan Nama Perniagaan

Untuk membatalkan syarikat perniagaan, pemohon hendaklah memaklumkan secara bertulis bersama-sama dengan lampiran permohonan yang lengkap kepada Pendaftar Perniagaan. Jika diluluskan, pembatalan tersebut akan diwartakan di dalam "Sarawak Government Gazette" setelah Pendaftar Peniagaan telah diberikan notifikasi pembatalan tersebut secepat mungkin.

Setiap notifikasi pewartaan (Gazette Notification) akan dikenakan yuran sebanyak RM60.00 dan dibayar kepada Percetakan Nasional Berhad (PNB) iaitu syarikat yang dilantik oleh kerajaan untuk menerbitkan Warta Kerajaan Negeri Sarawak. Yuran tersebut akan dibayar oleh pemohon itu sendiri dan dibayar kepada :-

   Percetakan Nasional Malaysia Berhad
   (RM60.00 Hal Pembatalan Perniagaan)
   di MALAYAN BANKING BERHAD
   No. Akaun 011113207450

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

   i. Resit/Slip Bank (di atas) - 3 salinan
  ii. Sijil Pendaftaran Perniagaan Asal
 iii. Surat Rasmi (Pemberitahuan Tutup Kedai)
 iv. Setem 30 sen (2 Keping)
  v. Salinan Repot Polis (Jika Sijil Pendaftaran Perniagaan hilang)

 
image Undian
image Pengumuman