Khidmat Pengurusan dibahagikan kepada 4 unit :
| 1 ) Unit Sumber Manusia |
-
Menguruskan hal-hal pentadbiran am seperti Personel, perkhidmatan, perjawatan dan latihan pentadbiran bahagian.
-
Menguruskan perhubungan awam pejabat.
-
Pengurusan dan pemantauan penilaian prestasi tahunan.
-
Mengemaskini rekod perkhidmatan, cuti dan butiran peribadi kakitangan dalam bentuk elektronik/hardcopy.
-
Membuat analisa keperluan latihan (TNA), mengendalikan latihan (in-house training) dan menilai keberkesanan latihan.
-
Peperiksaan penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan peperiksaan perkhidmatan.
- Menjaga kebajikan kakitangan dan sebagai urusetia bagi Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus dan Majlis Bersama Jabatan.
|
| 2 ) Unit Inovasi & ICT |
-
Melaksanakan dan memantau keberkesanan pelaksanaan sistem kualiti organisasi.
-
Mengadakan pemeriksaan dan menjalankan audit dalaman terhadap perlaksanaan sistem kualiti.
-
Merancang kualiti untuk peningkatan pemahaman, perlaksanaan dan penambahbaikan sistem yang berkualiti.
-
Memastikan segala maklumbalas pelanggan dan audit terhadap perkhidmatan yang disediakan diambil tindakan dengan segera.
-
Memastikan organisasi mengamalkan dan dipersijilkan dengan sistem pengurusan kualiti seperti yang termaktub dalam PKPA (MS ISO 9001, 5S, KMK, KPI dan sebagainya).
-
Menganjurkan Majlis Hari Bersama Pelanggan.
-
Membangunkan prosedur kerja berasaskan aplikasi elektronik seperti membangunkan database untuk penyimpanan rekod, profail kakitangan, profail daerah/bahagian, perancangan strategik dan untuk memudahkan kajian impak perlaksanaan projek/masyarakat.
-
Bertindak menyediakan khidmat sokongan teknikal selain daripada pihak Sains untuk Pejabat Residen dan Daerah.
-
Menguruskan dan mengemukakan permohonan aset ICT menggunakan applikasi ICT-RMS.
-
Membangunkan dan mengemaskini laman web organisasi.
-
Mengenalpasti dan mengaplikasikan dan menyarankan penggunaan software sesuai di dalam organisasi.
- Menyediakan latihan dalaman kepada kakitangan pentadbiran bahagian yang berkenaan dengan ICT.
|
| 3 ) Unit Akaun |
-
Menguruskan, merekod dan mengemaskinikan rekod kewangan dan seterusnya menyediakan laporan bulanan kewangan bagi bahagian.
-
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan mengurus perbelanjaan pentadbiran/pembangunan.
-
Merekod bil pejabat dalam buku daftar bil memproses segala boucer bayaran melalui sistem SIFBAS.
-
Mengenalpasti dan menilainprestasi pembekal.
-
Menguruskan pembayaran gaji, elaun dan tuntutan balik perjalanan kakitangan.
-
Urusan penyediaan sebut harga/tender bagi daerah/bahagian dan menyediakan surat tawaran kepada kontraktor yang berjaya.
-
Mengawal perbelanjaan melalui pembelian secara berhemah dan pemantauan secara berterusan berdasarkan pekeliling Kewangan/Arahan Perbendaharaan.
-
Menguruskan, merekod dan mengemaskini semua aset alih kerajaan dan inventori.
-
Menyelenggara dan menguruskan perlupusan aset mudah alih kerajaan.
- Menguruskan permohonan mendiami Rumah Rehat Kerajaan, Lembaga Perumahan A dan tempahan untuk menggunakan kenderaan kerajaan.
|
| 4) Unit Pentadbiran |
-
Menguruskan fungsi Statutori organisasi permit pungutan awam, pindah hak milik senjata api, pemberi pinjam wang, lesen sabong ayam dan sebagainya.
-
Menguruskan, menyelaras dan mngemaskinikan perjawatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.
-
Urusan Mahkamah Bumiputera Bahagian.
- Memastikan segala dokumen jabatan yang disimpan secara elektronik/hardcopy hendaklah dikawal dan disokong dengan sistem backup.
|