RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
AKTIVITI SIHAT: Dr Annuar (kanan) mengetuai program ‘Goohet Santai’ di Pelangi Foodkiosk Kampung Nangka Sibu, semalam.
SIBU: Seramai 100 peminat sukan berbasikal menyertai program ‘Goohet Santai’ di sini, semalam sempena sambutan Maulidur Rasul 1442/2020.
Program anjuran bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dan Kelab Berbasikal Goohet bermula di Pelangi Foodkiosk Kampung Nangka, Sibu membabitkan kayuhan sejauh 10 kilometer.
Program tersebut diketuai Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyeli-dikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee.
Ketika ditemui, Dr Annuar berkata berikutan tiada program perarakan akibat pendemik COVID-19, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan program sedemikian sebagai usaha memeriahkan sambutan Maulidur Rasul dengan norma baharu.
“Jadi kita adakan program ini secara santai dengan penyertaan peserta daripada kalangan penduduk tempatan.
“Dengan cara ini juga kita dapat mengeratkan hubu-ngan silaturahim sesama peserta, pada masa yang sama mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, mengenai COVID-19, beliau mengingatkan penduduk Sibu supaya duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.
Katanya, jika berada di luar rumah, adalah penting untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Walaupun Sibu kini berada dalam zon Hijau namun bukan jaminan kita telah selamat daripada COVID-19.
“Saya harapkan masyarakat Sibu terus patuhi PKPP dan jalani norma baharu bagi memastikan COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya,” katanya.